Monday, June 1, 2009

cheese kek oreo - b'day hubby

Hobi baru sekarang ni... Mencuba resepi.
Smlm birthday husband.. cuba buat kek sendiri utk husband... cheese cake oreo. Ok lah walau tak secantik kek kat kedai tu..
habis gak, anak2 dan husband makan.

Selamat hari lahir abang. terharu masa husband cium anak2.
I love my family.


Bahan-bahan - (eluk pakai loyang yang boleh ditanggalkan di tepi..)
: BASE ::120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja)
120 g mentega cair
:: FILLING ::
(A)
- 2 biji kuning telur
- 120 g gula
- 160 ml fresh milk

(B)
- 250 g cream cheese
- 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
- 250 g whipping cream (dipukul sedikit) [selalunya dijual dalam paket mcm susu kotak di bahagian diary products di supermarket]
- 1/2 sudu besar jus limau (lemon)
- Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE
- 2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)

Cara-cara
BASE : Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras.

Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil - mcm dalam gambar]

Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam . Lagi lama lagi eluk.

No comments:

Post a Comment