01/12/2010..
Assalammualaikum...
Baru berkesempatan meluangkan sedikit masa untuk bercerita di hari ini...
Hampir 3 bulan sudah saya meletakkan jawatan sebagai Asst.Manager di sebuah Freight Fwdr company...Seminggu selepas Aidilfitri 2010 hari terakhir saya bekerja. Walaupun saya berhenti kerja bukan 100% kerana saya tetap kena ke office seminggu/2minggu sekali bergantung kepada document/cheque yang perlu saya tandatangani.. Tapi Alhamdulillah kehidupan saya lebih tenang walaupun keriuhan suara anak-anak sentiasa kedengaran... Dan rezeki saya dalam membaking sentiasa ada..
Memang sayang hendak meninggalkan kerjaya ini.. Saya sudah bersama company tersebut 13 tahun dan bersama bos saya 15thn.. Bila difikirkan, saya memang akan berhenti juga suatu hari nanti, why not I take the action early sikit... Dan bila fikir masa bersama anak-anak lebih important, saya tak fikir panjang dah.. And now.. saya tak akan menoleh kebelakang lagi... Saya ingin lebih berjaya dalam membaking... dan lebih meluangkan masa bersama anak2x.
Terima kasih di atas sokongan semua kawan-kawan dan terima kasih juga pada semua kawan yang telah mencuba hasil tangan saya... Saya amat mengalu-alukan sebarang komen yang boleh membina dan boleh memperbetulkan kesilapan saya dalam membaking... Sebarang nasihat dari kawan-kawan amat-amat saya hargai...
Terima kasih..
Iza Ahmad
- Izaoneshopcorner - Iza Ahmad -
No comments:
Post a Comment